The Wall Barbershop
Mengenai Kami

Muhammad Rasidin Bin Abu Bakar seorang lepasan pelajar Politeknik Mukah Sarawak. Pada awalnya memulakan perkhidmatan gunting rambut hanya di depan rumah dan hingga kini mempunyai 15 cawangan di sekitar Sarawak iaitu meliputi daerah Sibu, Sarikei, Siburan, Mukah, Daro dan Bintulu.
Beliau juga telah melatih lebih 60 belia yang berada di beberapa kawasan sekitar bandar Sibu, Sarikei, Daro dan Mukah. Selepas mereka mendapat latihan yang cukup mereka akan ditempatkan di cawangan The wall Barbershop yang berada di sekitar kawasan mereka. Hingga kini, The Wall Barbershop menyediakan peluang pekerjaan kepada 58 belia termasuk dibahagian pengurusan yang meliputi jawatan
1. Admin Eksekutif
2. Marketing
3. Content Creator

MUHAMMAD RASIDIN
BIN ABU BAKAR
FOUNDER & OWNER TWBS
Objektif Penubuhan Syarikat
“Penyampaian perkhidmatan Barber yang berkualiti
berorientasikan citarasa pelanggan”
Visi Kami.
Menjadi pengusaha gunting rambut yang membantu
golongan belia di dalam kemahiran menggunting rambut di
dalam platform yang betul sekali gus di dalam
pembangunan bakat dan karier. Selain itu, mewujudkan peluang pekerjaan meliputi di setiap daerah negeri , malah seluruh Malaysia

Misi Kami.
1.
Mempunyai 100 cawangan di setiap daerah dan negeri di Malaysia pada tahun
2030
2.
Menyediakan perkhidmatan gunting rambut berkualiti tinggi dengan kecekapan
dan kepakaran

3.
Menyediakan persekitaran yang selesa dan bersih untuk pelanggan
4.
Melatih dan memastikan kakitangan sentiasa bersikap profesional dalam
memberi gaya potongan rambut mengikut trend dan teknik potongan rambut
terkini.











